My Price @ Bardd Junior

Rasanya tak terlambat lagi  Mrs. Mimi dan  Mr. B  nak berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kami diatas kelahiran putera sulung kami.


Alhamdulillah... Syukurku kehadratmu Ya Allah. Putera  Mrs. Mimi dan  Mr. B selamat dilahirkan secara normal pada jam 12.19pm waktu tempatan di Hospital Sg Buloh dengan berat 2.97 Kg. Thank you so much pada semua yang sentiasa mendoakan  Mrs. Mimi dan baby selamat. 


Hari Pertama dilahirkan

Bersama walid tercinta di hari pertama

Alhamdulillah, sudah sebulan usia putera sulung  Mrs. Mimi dan  Mr. B . Suntikan bulan pertama pun sudah dapat, alhamdulillah  putera kami sihat. Nama putera kami adalah Zunnur Muhammad Zuhailey bin Zufadzli yang bermaksud Yang memiliki cahaya Muhammad yang tenang. Semoga anakku sentiasa menjadi orang yang tenang dalam menempuhi cabaran hidup yang akan datang. 

Kepenatan selepas sehari di klinik (1 bulan)
Hari-hari terakhir berpantang, putera kami dah mula tak nak bedung. Bila kain bedung dibuka, mula la dia beraksi...


Bila dia mula beraksi.
Okaylah,  idea Mrs. Mimi  nak mengarang pun dah tak ada, jumpa post akan datang... Masa untuk tidurkan Zuhailey.. Tatataatititutu... 

p/s: Bonda dan walid sayang Zuhailey sangat-sangat, kehadiran dirimu amat bermakna sayangku...

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!