DOA SEORANG ISTERI



Ya Allah Ya Rahman Ya RahimKau ampunilah dosa ku yang telah ku buatKau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikalKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMuKau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di ArashBerilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanyaSekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangankudititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannyaSekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah MuLimpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnyaSekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMuPeliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannyaSekiranya………..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorangKau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan MuSekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanyaSekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena
Ya Allah..Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjurankuSekiranya aku tersilap membuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat MuSekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yang kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Rabbi...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehaIsteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!