Now I wants to learn and change my life.

 السلام عليكم 


Mrs. Mimi doakan semua pembaca dan pengikut blog ini sihat sentiasa. Berbalik pada topik di atas, Mrs. Mimi sedar dan mengaku, kini Mrs. Mimi mula berubah menjadi seorang yang tidak ambik kisah, sensitif, pelupa, lalai dan alpa. Mrs. Mimi tersentak dan tersedar apabila semua ini dah terjadi. Walaupun berulang kali diingati, tetapi Mrs. Mimi tetap ambil endah tak endah.. Kini baru Mrs. Mimi sedar yang Mrs. Mimi telah jauh sekali berubah dari diri Mrs. Mimi yang dulu. Mrs. Mimi selalu melakukan kesilapan, selalu lupa siapa Mrs. Mimi yang dulu. Memang setiap manusia itu melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan kecil atau besar, ia tetap kesilapan..tetapi  Mrs. Mimi mudah selesa dengan melakukan perubahan sekecil zarah. Sekarang kalau nak menyesal pun dah tak guna, terima kasih kepada insan yang telah menyedarkan Mrs. Mimi, Betul kalau kita menyesal tetapi tetap tidak berubah, memang tidak ada gunanya. Sekarang Mrs. Mimi mengaku dan sangat-sangat menyesal atas kesilapan Mrs. Mimi lakukan. Mrs. Mimi tahu selagi kita tidak berubah, semuanya akan tetap sama dan mungkin akan menjadi lebih teruk. Maka dan dengan ini Mrs. Mimi tekad dan akan berubah menjadi yang lebih baik. Terima kasih kepada insan yang baik hati itu, atas nasihat yang pernah diberikannya dulu, Mrs. Mimi akan ingat semua itu dan amalkan sampai akhir hayat Mrs. Mimi


Kata-kata dibawah ini Mrs. Mimi terbaca di blog YIN:-

When you make a mistake, don't look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lessons of wisdom. The past cannot be changed. The future is yet in your power.   by Hugh White


Kesilapan mengajar kita untuk bangun kembali dan berubah menjadi yang lebih baik. Dan dari kesilapan juga kita belajar sesuatu yang baru, positive dan ia juga menjadi garis panduan untuk kita ubah diri kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya agar tidak tersasar. Belajar dari kesilapan, Insyaallah dengan berkat dari NYA kita akan berjaya dan menjadi lebih baik.

3 comments:

  1. @Nur Alyaa Ibrahim :thanks babe...now I really want to changes my life from the mistakes... =)

    ReplyDelete
  2. Knp ni syg... Angah cyg... be strong okay!! :D

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!