SEPET versi mimi (Part 2)

Bersambung dari cerita entry yang ini SEPET versi mimi (Part 1)


Masa Mrs. Mimi dapat henpon tu...Mrs. Mimi terkejut sangat, macam tak percaya je....How come???Boleh jadi kenyataan...Mrs. Mimi main-main je kot....bukannya serious nak henpon tu... Wah!!! masa itu memang tergamam sekejap...huhu...Bila dah kembali ke bumi yang nyata, akhirnya Mrs. Mimi terus tolak pemberian A itu..Bukan apa, Mrs. Mimi tak ada niat pun nak minta-minta sesuka hati je...Ingatkan dia tahu itu hanya gurauan...Huaargh!!! Jangan awak kata, awak suka saya, sudah....Akhirnya, hadiah pemberian A sudah dikembalikan...Tidak sampai beberapa minit je Mrs. Mimi pegang kotak itu..Mrs. Mimi pulang balik kat dia...Mrs. Mimi hanya nak berkawan, bukan nak apa-apa pun dari dia....harta, duit ke apa, semua itu bukan ukuran atau alasan Mrs. Mimi nak berkawan dengan dia...

................................................


Selepas kejadian itu, kelibat si A pun dah semakin jarang nampak....dan tak pasal-pasal kebanyakkan budak perempuan yang pernah couple or minat dengan si A mula memandang Mrs. Mimi dengan pandangan yang agak sinis....Ah, peduli apa dengan pandangan mereka...Mrs. Mimi bukan ye couple atau rampas si A dari mereka...Maka dengan pemikiran positif Mrs. Mimi mula tertanya-tanya dimana si A??? Tak akan disebabkan kejadian itu, dia menghilangkan diri...hurm....adakah salah Mrs. Mimi???

Mrs. Mimi bertanya kepada clasmate Mrs. Mimi , kenapa lama si A tak lalu tepi kelas kita...Macam dah jarang nampak dia pergi sekolah...Korang nak tahu, clasmate Mrs. Mimi cakap maybe dia dah tak pergi sekolah, sibuk nak kerja...Berhenti kot....Hurm..perasaan serba salah mula menyelubungi diri Mrs. Mimi... =(
Semakin hari semakin si A tidak hadir ke sekolah....Nak je Mrs. Mimi cari dia, minta maaf...tapi clasmate cakap, bukan salah Mrs. Mimi...Memang itu yang si A nak...dia dah tak berminat belajar...Okay...lega sedikit perasaan  Mrs. Mimi masa itu... Dan semenjak kejadian ini,  Mrs. Mimi dah macam fobia nak bergurau pasal nak minta henpon ni...Bukan apa  Mrs. Mimi tak nak, orang ingat  Mrs. Mimi pandang pada harta, kedudukan, rupa atau seumpama dengannya...  Mrs. Mimi bukan orang macam itu...





p/s: Motif cerita ini, bukan semua perempuan mempunyai sifat Materialistic... Dan Mrs. Mimi juga bukan seorang Materialistic..so jangan nak label orang tanpa usul periksa...Alhamdulillah, semua ini kisah zaman persekolahan dan kini Mrs. Mimi sudah bergelar tunangan Mr. B...Sifat kematangan mula wujud dalam diri ini...Sentiasa mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam...Terima kasih banyak-banyak kerana Mr. B sentiasa membuatkan hari-hari Mrs. Mimi semakin bahagia..Walaupun ada pelbagai rintangan, Mr. B tetap bersama Mrs. Mimi. ALWAYS IN LOVE AND LOVE YOU SO MUCH MY SWEETLOVE!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!