Al-fatihah, genap 6 tahun pemergiannya...

Teringat peristiwa 6 tahun lepas yang terjadi kepada Mrs. Mimi, semasa itu Mrs. Mimi sedang menghadapi ujian bulanan di tingkatan 4... Seminggu sebelum kejadian, Mrs. Mimi bersama keluarga melawat beliau di hospital, al-fatihah dan yassin itu yang didendangkan di halwa telinga wan ketika sakit. Agak lama juga masa melawat kami pada hari itu... Sayup, sedih semuanya bercampur baur... Doktor sah kan beliau tidak dapat bertahan lama. Kalau ketika itu, Mrs. Mimi tidak bersekolah, Mrs. Mimi akan meluangkan masa lagi untuk bersamanya. Mrs. Mimi sudah kena balik asrama ketika itu, sempat ku bersalaman bersama beliau. Sepupu-sepupu Mrs. Mimi yang duduk asrama ketika itu, ramai yang balik untuk melawat beliau. Selepas seminggu, Mrs. Mimi sibuk dengan minggu ujian bulanan di sekolah. Pada suatu malam, Mrs. Mimi susah nak melelapkan mata, maka malam itu Mrs. Mimi bersama junior "Farah" belajar dan mengulangkaji bersama...Hati Mrs. Mimi ketika itu seperti tidak tenang dan tidak tenteram, dengan mendapat "misscall" dari along dan ayah. Padahal, ketika itu tidak mendengar langsung bunyi telefon...Apabila Mrs. Mimi telefon semula, talian sibuk...hah, kenapa ni??? apa yang berlaku??? Rabu malam khamis ketika itu, Mrs. Mimi semakin risau....Jam sudah melebihi 12 tengah malam...Tetapi mata masih tidak mengantuk... Selepas beberapa minit kemudian, panggilan Mrs. Mimi kepada along berjaya...Alhamdulillah...Tetapi ketika itu, berita sedih yang Mrs. Mimi dapat...Bahawa Wan telah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya... Innalillahi wainna ilaihi rojiun...Malam itu Mrs. Mimi ditemani junior "Farah", Farah yang memujuk dan menenangkan Mrs. Mimi. Terima kasih farah.... Keesokkannya, Mrs. Mimi menjawab ujian dengan hati yang tidak tenang, sehingga hari yang seterusnya...Hari Jumaat, ketika itu kertas ujian yang terakhir, didalam kepala otak Mrs. Mimi tiada apa yang terfikir, hanya untuk menemui wan, tetapi arwah telah dikebumikan pada hari khamis itu...Mrs. Mimi tak sempat tengok arwah sebelum dikebumikan...Kertas terakhir Mrs. Mimi masa itu dibasahi air mata...Masa tu dah tak fikir apa, yang fikir nak balik kampung!!! Ayah yang jemput Mrs. Mimi ketika itu, selepas solat jumaat, ayah bawa Mrs. Mimi pergi melawat kubur arwah...Al-fatihah untuk beliau... Sepupu ku yang tidak sempat datang ketika hari pengembumian juga datang melawat kubur arwah selepas Mrs. Mimi balik dari kubur....Ya Allah, kau tempatkan lah arwah di kalangan orang-orang yang beriman...Wan, miza sayang wan!!! Dari DIA kita datang dan dari DIA juga kita kembali. Al-fatihah...

*Buat sahabat-sahabat ku ketika itu, terima kasih kerana menguatkan semangatku...Dua hari sebelum Mrs. Mimi dapat pulang ke kampung, mereka yang banyak memberi nesihat dan kata-kata semangat...Terima kasih banyak-banyak....



Hari ini genap 6 tahun arwah wan meninggal dunia...Rindu sangat-sangat dan teringat  gelagat arwah semasa hidup...Walaupun arwah dulu kuat membebel, tapi apa yang dibebelkan semua itu ada betulnya...Tiba-tiba Mrs. Mimi  teringat masa sekolah menengah dulu, kalau balik cuti je (maklum la, sekolah asrama), mesti singgah kampung rumah arwah dulu, selepas ayah habis kerja baru balik pj...Arwah mesti akan cakap, " hah, pergi tukar baju dulu miza, peh tu makan, wan dah masak..." (dalam loghat negori ...Entry ini bukan untuk meratapi atau bersedih, cuma ingin memberi penghargaan kepada arwah...Sebagai cucuandamu, ku hanya mampu sedekahkan doa, al-fatihah dan yassin untuk mu, wahai nendaku...Amin....



Sumber gambar dari Zaimah sepupuku...


p/s: Hari ini Mrs. Mimi  interview, doakan kejayaan dan semuanya berjalan lancar...Amin...

5 comments:

  1. alfatihah..
    dan good luck..moga semuanya kan baik2 saaja =)

    ReplyDelete
  2. al fatihah..semoga ditempatkan dlm golongan yg beriman..Amin...good luck yer

    ReplyDelete
  3. miza....
    ko wat aku mngalir airmate...
    sedih..
    rindu sgt2 kat wan...
    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. @cheqna: thanks dear...Alhamdulillah, semua baik2 saja...

    @ Maya Mayana: Amin...Thanks dear~

    @Miss Zymah: zai, aku tulis entry ni pun dah menitis air mata taw,tp sabar je...xpela, kalau rindu kita sedekahkn alfatihah dan yassin utk wan...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah..gud luck ye n tabahkn hatimU..

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!