Seorang bloger telah hilang...

Bloger yang dikatakan itu, telah hilang tanpa khabar berita selama seminggu.Kemungkinan disebabkan itu, blog beliau telah hilang pengikut atau pembaca setianya...(Wargggh, macam la ramai yang baca blog dia, perasan disitu,hahahaha)...Terus bersawang blognya, nasib labah-labah tak sempat singgah,hehe......

Maaf semua, blog Mrs. Mimi senyap selama hampir seminggu kerana pc Mrs. Mimi di ofisnya telah rosak dan ditambahkan pula dengan keadaan kesihatan empunya blog ini yang tidak mengizinkan. Harap maaf di atas kesulitan yang dialami semua...

Nama-nama peserta Giveaway Pertama Peony Pinky telah dipost di entry yang INI. Maka, kepada semua
peserta sila semak nama-nama anda, jika tiada, sila inform Mrs. Mimi  lebih awal, agar tiada yang
tertinggal...hehe....

Hidup Mrs. Mimi selama seminggu terpaksa berenggang dengan blog sangat SANGAT  sangat menyedihkan. kalau facebook tak kisah lagi, tapi blog...huwaaaaaaaaaaaaaaaargghhhh!!!! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!!!
Rindu tak terkata kot, seminggu tu lama taw, banyak cerita nak cerita tapi tak boleh nak taip.
maka Mrs. Mimi tulis je dalam buku, kertas yang kat ofis ni. walaupun cerita dah basi, Mrs. Mimi penduli
pe, nak cerita gak..huhu...



Cuba korang bayangkan, pc dah rosak, kesihatan pun tak menentu..tapi otak still fikir nak update blog.Balik-balik kerja ingat nak post entry, tapi tak larat, so mampu approve dan reply komen-komen yang korang tinggalkan tu. Update senarai nama pun buat mana yang larat je..so memang tak sempat kan. Maka, semalam kesihatan Mrs. Mimi alahamdulillah, semakin sihat, jadi Mrs. Mimi pun update dah buat autopost entry, senang cikit....hehe

Cara macam ni, elok kan sebab tak ada la korang ingat blog ni macam tak wujud je...Berita baik "Hadiah untuk Giveaway" Mrs. Mimi dah fikirkan. Maybe 2 mei Mrs. Mimi umumkan pemenang, selewat-lewatnya 7 mei. Hadiah memang dah ada, so tinggal nak tahu siapa pemenang dan pos hadiah kepada pemenang.

p/s:

JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY!!!

masih dibuka lagi penyertaannya....Cepat terjah kalau nak join....

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!