Bapa makan anak...

Mrs. Mimi rasa ungkapan "Bapa makan anak" memang sesuai dengan kejadian yang menimpa seorang anak yang di tuduh menghalau bapanya. Padahal benda itu tidak sama sekali berlaku, bahkan anaknya menjaga dan menghormati bapanya...Mrs. Mimi sedih baca cerita macam ni, sebelum ni selalu keluar surat khabar, anak buang mak bapak, remaja buang anak...tapi ni seorang bapa menuduh dan memburukkan seorang anak!!!
Pepatah orang melayu "Buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat" tetapi pepatah itu macam tak diterima pakai pun dalam kes ini...Anak dah buat yang terbaik untuk ayahnya, tetapi dibalas negatif oleh ayahnya...Kalau Mrs. Mimi jujur memang tak mampu nak kata apa-apa dah, kalau ayah atau ibu sendiri burukkan kita....

Cerita selanjutnya di SINI



Tetapi Mrs. Mimi selalu ingat bukan ke syurga dibawah kaki ibu, kasih ibu membawa ke syurga, manakala kasih bapa sepanjang masa dan tiada tandingan, maka jangan pernah mensia-siakan kedua ibu bapa kita, seburuk mana pun ibubapa kita itu, dia tetap insan yang  telah bersatu untuk melahirkan kita didunia ini. Tiada ibubapa yang tak sayang anak, cuma bagi mereka yang tidak menyanyangi anaknya mungkin dia tidak bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Sayangilah kedua ibu bapa kita semasa mereka masih ada, jangan nanti anda menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat masa menghargai budi ibu ayah tercinta. Jom kita berdoa untuk kedua ibubapa kita:




p/s: jika ada bahasa atau perkataan yang menguris hati, Mrs. Mimi minta maaf...

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!