Kisah Burung Kakak Tua

Seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya.

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.

Setiap pagi ada 3 orang cikgu wanita melintas di hadapan rumah tuan punya burung ini dari kuaters guru ke sekolah.

Oleh itu setiap hari burung kakak tua perhati 3 orang cikgu yang bertudung litup berulang alik dari kuarters ke sekolah begitu juga dalam perjalanan pulang.

Setiap hari burung ini tengok cikgu-cikgu tu dari atas bawah, atas ke bawah. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi, bersiul-siul atau baca sifir 12.

Lama-lama bila bertambah boring dan ketika kebetulan dia ternampak cikgu-cikgu wanita berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah, burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia.

Kemudian sambil tonyoh-tonyoh sikit mata dia sambil kibas-kibaskan kepak dia, si kakak tua menjerit kuat-kuat, "belang, putih, biru".

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.

Keesokan harinya seperti kebiasaan cikgu-cikgu itu melintas di depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat derk saja. Bila cikgu-cikgu nak ke sekolah, burung tu jerit lagi, "putih, bunga-bunga, pink".

Cikgu-cikgu itu terkejut dan berjalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah depa pun tertanya-tanya sesama depa.

Cikgu pertama bertanya, "macam mana burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?".

Cikgu kedua menjawab, "tak tau pulak, ahli sihir ke apa ntah".

Cikgu ketiga mencelah, "alah kebetulan saja agaknya. Tak apa, kita tengok esok pulak macam mana".

Keesokan harinya macam biasa, pagi-pagi lagi cikgu-cikgu itu lalu di depan rumah burung tu.

Burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah. Bila ketiga-tiga cikgu ini nak ke sekolah, lalu lagi depan burung ini, sambil usyar dia jerit lagi, "kelabu, hijau, purple".

Cikgu-cikgu ini berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama pun sound, "memang betul apa yang burung tu cakap. Heh! apa nak buat ha?".

Cikgu kedua menokok, "kita mesti buat something untuk uji burung tu".

Cikgu ketiga menambah, "aku tau. Apa kata esok kita semua pakai kaler hitam".

"Okey. Set", balas depa serentak.

Keesokan harinya, seperti kejadian sebelum bila mereka bertiga melintas burung kakak tua menjerit, "hitam, hitam, hitam".

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi. Di sekolah mereka berbincang.

Cikgu pertama memulakan, "nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent".

Cikgu kedua menambah, "atau pun dia cuma boleh kenal warna".

Cikgu ketiga menokok, "betul tu, mungkin dia dah dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung".

"Orait. Set", depa jawab serentak.

Keesokan harinya, seperti biasa di waktu pagi burung buat derk saja. Bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok dan ditenungnya lama-lama.

Cikgu-cikgu itu mula tersenyum dan jalan slow-slow. Sambil menoleh kat burung tu.

Burung tu tengok lagi. Dia naik-naikkan kening macam Ziana Zain. Lepas pusing belakang kakak tua tadi tengok lagi dengan cara menonggeng. Puas berkeadaan begitu, dia pandang ke depan balik.

Si kakak tua garu-garu kepala. Kemudian usap-usap dagu. Dia cekak pinggang kemudian burung itu pegang dagu lagi. Kakak tua senyum meleret. Kali ini suara kakak tua begitu nyaring, "lurus, lurus, kerinting".

p/s: Bahaya betul burung kakak tua ni...kaki skondeng rupanya...hehehe  ^_^

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!