Fakta Mengenai Arnab

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

  1.  Arnab mempunyai kandungan protein yang paling tinggi.
  2.  Kandungan lemak pula adalah yang paling rendah sekali iaitu lebih kurang 60% sahaja.
  3. Paras kolesterol dalam daging arnab jika kita bandingkan dengan ayam dan daging adalah jauh lebih rendah.
  4. Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih.(white meat)
  5. Panggilan untuk arnab jantan dewasa dikenali sebagai Buck.
  6. Panggilan untuk arnab betina dewasa dikenali sebagai Doe.
  7. Panggilan untuk anak arnab pula dikenali sebagai Kittens.
  8. Tempoh matang bagi arnab betina ialah 4 - 5 bulan.
  9. Tempoh matang bagi arnab jantan pula adalah 5 - 6 bulan.
  10. Bilangan anak yang dilahirkan antara 4 hingga 12 ekor.
  11. Arnab bunting selama 30-35  hari.
  12. Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan anak.
  13. Anak arnab akan membuka mata dalam masa lebih kurang 10 hari.
  14. Purata berat matang bagi arnab ialah jantan 1.5 kg dan betina 1.8 kg.
  15. Umur arnab tertua yang pernah direkodkan adalah berusia 19 tahun.
  16. Arnab mempunyai 28 batang gigi.
  17. Arnab mempunyai keupayaan melompat setinggi 1 meter dan sejauh 3 meter.
  18. Umur arnab boleh menjangkau sehingga 12 tahun
  19. Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira.
  20. Arnab amat suka mengunyah, jadikan sediakan benda keras dalam reban anda. 
  21. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas.
  22. Arnab hendaklah dijauhi daripada pemangsa, kabel elktrik dan bahan beracun.
  23. Arnab aktif makan pada sebelah malam. (lebih kurang 70%)
  24. Terdapat 72 spesis didunia yang telah dikenalpasti.
  25. Suhu badan arnab 38-40 darjah celcius.
  26. Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda
  27. Arnab adalah haiwan yang suka bergaul
  28. Arnab adalah teman yang baik di rumah

3 comments:

  1. ala tomelnyew arnab...nice sharing,,huhu =)

    ReplyDelete
  2. tahu xpe...comel je arnab tu...
    ;)

    ReplyDelete
  3. owh baru tau lepas baca ni

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!