Binasa Marah

Marah yang tidak dapat dikawal mesti akan membinasakan diri kita. Jadi kalau marah sangat-sangat cuba kawal perasaan itu.

Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kemarahan, contohnya berdiam diri (muhasabah diri sendiri), tidur, ambil wuduk bagi umat islam,  untuk yang bukan Islam, basuh muka atau pun kita boleh mandi air sejuk, untuk mengurangkan perasaan marah itu.Bukan apa, sekarang di dada akhbar mesti menceritakan kejadian yang bermula daripada perasaan MARAH. Berita Metro hari ini, Sepak perut isteri hamil, tidak ada rasa kesian atau simpatikah pada wanita hamil itu. Ada juga kejadian tentang "Seorang anak membelasah ibunya kerana wangi. Cuba bayangkan, kalau tiada seorang ibu, maka tiadalah anda didunia ini, wahai manusia!!!
Hargai mereka ketika mereka masih hidup. Mrs. Mimi bukan menyalahkan mana-mana jantina, bagi Mrs. Mimi, lelaki ke atau perempuan, perasaan marah itu perlu dikawal. Jangan hanya kerana marah kita akan kehilangan insan yang kita sayang. Masa itu, baru kita nak sedar dan menyesal memang dah terlambat. Jadi marilah kita semua, hargai dan hormati di antara satu sama lain. Perasaan benci atau marah cuba dikawal supaya kita dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.


2 comments:

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!