Air Sejuk VS Air Suam



Air SEJUK
Memang nikmat, kalau dapat menghirup air sejuk selepas makan. Tetapi tahukah anda bahaya jika mengamalkan meminum air sejuk selepas makan. Ini kerana air sejuk akan melekatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ia akan melambatkan proses pencernaan dan mempercepatkan penambahan kalori di dalam badan. Apabila gumpalan minyak yang terjadi akan bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. (sumber)

Tetapi air SEJUK juga mempunyai kebaikan seperti berikut:

  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.          
(sumber)


Air SUAM
  • Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan satu amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah dan paling mujarab. 
  • Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan.
  • Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda. 
  • PETUA untuk awet muda:-
Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.


4 comments:

  1. waaa...best..baru tahu nih :D

    ReplyDelete
  2. Diriku: mimi share ape yg mimi tahu... ;)
    armouris:thank for ur info... ;)

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!