Malam Khamis...

Semalam adalah hari yang amat busy buat Mrs. Mimi. Setiap masa ada je benda nak buat. Masa kerja, kena la buat kerja kan, tapi sebelum ni, sempat je,kalau buat entry baru, tapi serius, semalam memang agak busy, sampai nak balik pun ada kerja. Tue pun tak siap...Pagi tadi sambung buat dan siapkan...huhu...Semalam balik kerja, seperti biasa mestila, tengok TV3 sambil rehat-rehat...Mula-mula tengok cerita "ASMARADANA" .

Habis je cerita tu, sambung tengok cerita "TIRAMISU"... Abis je "TIRAMISU", mestila kena mandi dan buat ape yang patut dulu...

Tiba-tiba abang ipar Mrs. Mimi balik bawa VCD baru plak.. Apa lagi, semua orang dalam rumah dah excited...Mana tak ye, ada pilihan 6 cerita. Hah, ambik kau!!!
Nak sangat tengok VCD, kan sekali 6 cerita dapat...Mula-mula kami semua tengok cerita 
" AKU MASIH DARA".


Lepas selesai satu cerita, kami tidak berganjak daripada tempat duduk lagi...Cerita kedua bermula iaitu "4 MADU"... Sangat menyeronokkan,gelak terbahak-bahak kami tengok cerita ini. (Padahal diri sendiri yang gelak bagai nak rak)...tak tahan tengok karakter yang artis-artis ni bawa dalam cerita ini.

 Malam khamis kami yang penuh dengan aktiviti. Masing-masing siap makan nasi bagai masa tengok dua cerita ini. Habis je cerita kedua, ma siap nak sambung cerita ketiga "Damping Malam". Ayoooooooihhhh!!!

Mrs. Mimi : Tak mengantuk ke ma?? 
Ma : Bila lagi nak tengok... 

Okay la, teruskan la wahai ibuku..Anakanda mahu beradu dahulu...huhuhu...Ayat terakhir untuk entry kali ini: Takecare semua!!!

2 comments:

  1. aku masih dara n 4madu belom tngok..tp damping malam dah tngok..
    ending yg sedih..

    ReplyDelete
  2. tahu xpe,ending dia sedih...xpsl2 ank dia mati...
    ;(

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!