Happy Thaipusam

 Sempena esok Hari Thaipusam Mrs. Mimi cuma nak berkongsi dengan semua info tentang perayaan Hari Thaipusam...


Sebelum itu, Mrs. Mimi nak ucapankan Selamat menyambut Hari Thaipusam untuk semua masyarakat Malaysia yang menyambutnya. Mesti semua tertanya, APA ITU HARI THAIPUSAM???

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.Thaipusam juga dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Tujuan adanya Hari Thaipusam adalah kerana ia merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


p/s: Kita 1 MALAYSIA jadi tak salah kalau kita belajar hormat budaya bangsa dan agama lain.

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!