Hanya untuk WANITA SAHAJA @ Just For WOMEN ONLY

Ni Mrs. Mimi nak bercerita tentang Perkhidmatan awan kat Malaysia yang sekarang ini lebih mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna wanita. Mrs. Mimi memang sangat-sangat setuju dengan tindakan kerajaan buat begitu, bukan apa, Malaysia kini dan dibanjiri dengan warga asing, kalau dengan warga sendri pun kadang-kadang berlaku benda yang tak disangka, inikan pula dengan warga asing. Bukan nak kata mereka ini penyebab semua ini, tapi sebagai  WANITA ,kita perlu berhati-hati dan ambik perhatian tentang semua ini. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia kini mula sedar dengan kepentingan keselamatan untuk PENGGUNA WANITA. Mula-mula memperkenalkan KOC WANITA untuk pengguna komuter.

 Setiap gerabak @ koc WANITA dah terang-terang tampal sticker macam ini.

 Pintu masuk pun ada tampal.
 Kalau semua WANITA baru la selesa dan selamat.

 Tapi Mrs. Mimi pelik, kenapa ada yang bukan wanita pun tersesat masuk. Siap ada 5 bahasa lagi : Bahasa kebangsaan (Melayu), inggeris, cina, tamil dan arab. Tak kan tak faham-faham lagi. Tengok anak panah merah, bukan dari golongan Wanita, anak panah PINK terang-terang tampal sticker koc wanita.


Baru-baru ini,  Rapid Bas Wanita (Rapid KL) pula diperkenalkan. Kebetulan, nasib Mrs. Mimi baik, minggu ini Mrs. Mimi pergi kerja dapat naik Rapid Bas Wanita.

Lega je, tak perlu risau pasal kena berhimpit-himpit macam sardin, cara nak lindung diri daripada kena raba. SELESA dan SELAMAT je bila naik Rapid Bas Wanita. Pencerobohan bukan WANITA pun dapat dielakkan daripada berlaku. 

Kepada semua pengguna perkhidmatan Rapid bas, kalau nampak sticker ini di HADAPAN bas atau di cermin bahagian TEPI bas, anda perlu ambil PERHATIAN, ini untuk pengguna WANITA, maka yang bukan WANITA, sila jangan berebut-rebut untuk menaikinya.!!!

4 comments:

  1. bagus sgt. baru taw rapid pon ade. malaysia is improving!

    ReplyDelete
  2. meeza...
    aku pon bru je pas update pasal koc wanita..
    maklum la...
    pengangkutan utama ke tmpt keja..
    hehehehe...
    gud info !

    ReplyDelete
  3. @CNEN AFI (dream chaser)Yeah, MALAYSIA makin maju...Doakan negara kita terus maju dan berjaya... ;)

    ReplyDelete

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!