PENGUBAT HATI


Kata-kata hikmah...

  • Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca 
    kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana 
    tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir
    itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu 
    pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu  
    akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana 
    beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik .
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
    Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang  lunak seperti sutera
  • Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  • Hadiah Terbaik :
    Kepada kawan - Kesetiaan
    Kepada musuh - Kemaafan
    Kepada ketua - Khidmat
    Kepada yang muda - Contoh terbaik
    Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
    Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
    Kepada manusia - Kebebasan
  • Wanita/perempuan diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!