raya dan raya lagi...

Maklum la musim raya ni, masing-masing still dengan mood raya lagi...entry pun semua pasal raya kan...secara jujurnya, raya tahun ni bukan macam raya tahun-tahun sudah...mood macam sedih, sebenarnya memang sedih pun... tahun ni tak raya sangat pun, rumah sedara-mara, mak ayah angkat, jiran tetangga, dan kawan-kawan pun ada yang tak sempat nak raya ...Bukan segaja atau sombong, kadang-kadang ada yang tak tahu jalan, bertindih openhoz, kenduri kawen, jalan sesak bagai nak panas kami satu kereta dan sebagainya...Aku meminta maaf secara terbuka ni bukan nak kecoh bagai, tapi harap tiada yang ambik hati...Aku sekeluarga akan cuba yang terbaik untuk melawat sedara-mara, mak ayah angkat, jiran tetangga, dan kawan-kawan yang dikenali...Terima kasih pada sedara-mara, jiran tetangga, dan kawan-kawan yang datang openhoz ari tu...

Bak kata ustaz "Kalau raya, tak jemput datang rumah beraya pun, kalau kita datang, makanan yang kita makan itu dikira HALAL, tapi kalau orang tak jemput datang kenduri, tapi kita datang kenduri tu dan makan makanan disitu, makanan yang kita makan tu HARAM" so kalau nak beraya tu, dialu-alukan la ye...


Aku mewakili keluarga aku minta maaf kalau-kalau  ada yang terasa, tersalah kata, atau terkasar bahasa harap dimaafkan...

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!