Bila raya menjelma...

Berakhirnya bulan Ramadhan, menjelma pula bulan Syawal... Syawal adalah bulan yang menandakan kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa... Ingat bulan syawal ini kita disunatkan berpuasa enam atau pun berpuasa 6 hari...

Dah nak dekat raya ini, kanak-kanak sibuk bermain bunga api, hah mercun jangan main taw, BAHAYA!!  
Nanti putus jari tak pasal-pasal beraya kat hospital tanpa jari...hah macam gambar kat bawah ini...huhu





yang ibu-ibu dan anak-anak dara sibuk buat kuih raya...macam ini:


sebenarnya aku nak bagitahu yang kami pun sibuk buat kuih raya...sampai tak dapat join UHS berbuka puasa...ini gambar sebahagian yang pergi event tu...Sorry korang, tak dapat join...Chenta aku sibuk dengan camera dia, manakala A'an (Presiden UHS) pula berucap untuk dua patah perkataan. (padahal lebih kot, entah aku pun tak tahu apa yang a'an cakap tu,huhu...a'an xmo marah ye)...kat bawah ini banyak lagi aksi-aksi mereka BERBUKA PUASA BERSAMA UHS  di Dataran Merdeka...


waaaaaaaahhhh!!!! saya jelez kerana tidak dapat bersama kamu semua...

Okay sekarang kembali kepada tajuk asal...buat kuih raya...ni ada la gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama anda:

 choclate rice yang menunggu untuk dibakar...


yang ini pula, gambar ketika dibakar di dalam oven...sory, gambar tak jelas sangat...Lighting problems...


Gambar ini adalah gambar kuih tat oren....colorful beb....sebenarnya banyak lagi aku buat kuih ni, tapi jenuh plak nak uplod gambar banyak-banyak...kalau nak tahu apa je kuih raya yang aku sekeluarga buat....sila berkunjung ke rumah kami pada hari raya ini...


ni kad yang telah dihasilkan oleh my chenta:


Kad ini dihasilkan bersempena hari raya taw, bukan kad kahwin...huyai, bukan pe ada member-member facebook ini ingat kad kahwin...Kalau kahwin nanti, kad lain ckit, lebih up...hehe...anyway wish our relationship always happy and happy forever...Jadi bagi mengakhirkan entry ini, sebelum kita berhari raya...yang penting aku akan bercuti dari esok sehingga isnin depan...so nak ambik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami 

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Jemputlah datang kerumah beraya....

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!