Tersalah cakap...

  Al-kisahnya begini, entah  lidah ni asyik nak tercakap "NASI KERAPU"
patutnya "NASI KERABU"...huhu
pernah sekali tu, kat bazaar Ramadhan,aku boleh minta kat mak cik gerai tu.

Mak cik: ye adik nak apa??
saya: Nasi kerapu lauk ayam goreng satu..
(dengan semangat je cakap taw)
tiba-tiba mak cik tu cakap..
Mak cik: Nasi kerabu la nak, kerapu tu ikan...
saya: ngeeeeeee...salah cakap la mak cik...(sambil senyum tersipu-sipu)

haish...bukan sekali dua je aku salah cakap,banyak kali kot...
hozmet lama aku siap ingatkan lagi kalo nak pergi beli nasi tu...

exhozmet: amy,ingat taw,nasi kerabu bukan nasi kerapu.
saya: (senyum dan mencebih bibir coz malu yeeeeeeee)

seyez aku selalu macam tu,aku pun tak tahu la,pe kena dengan lidah aku ni...nak kata tak  pandai cakap Italy,tak gak,entah la tak terkata-kata aku...hahaha merapu dah ni...

Disini aku nak kongsi info pasal ikan KERAPU:


Ikan Kerapu (Epinephelus fuscoguttatus) umumnya dikenal dengan istilah "groupers" dan merupakan salah satu komoditas perikanan yang mempunyai peluang baik di pasar domestik maupun pasar internasional dan selain itu nilai jualnya yang cukup tinggi. Eksport ikan kerapu (Epinephelus
fuscoguttatus) melaju pesat, dari 19 ton pada tahun 1987 menjadi 57 ton
pada tahun 1988 (Deptan, 1990). Ikan Kerapu (Epinephelus fuscoguttatus) mempunyai sifat-sifat yang menguntungkan untuk dibudidayakan karena pertumbuhannya cepat dan dapat diproduksi masal, untuk melayani permintaan pasar ikan kerapu dalam keadaan hidup.

ni plak info NASI KERABU ye:

 

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

* (ni ciplak dari wikipedia) 


 Selalunya aku makan nasi ni mesti dengan ayam goreng...sedap taw,banyak ulam-ulam...AYAM GORENG~!!!
(dah  macam UPIN & IPIN plak)

 
 

No comments:

Post a Comment

Thanks sebab sudi singgah blog Mrs Mimi yang tak seberapa ni, sila komen my entry untuk memberi semangat...Love u olls!!!